Dah abis degree. Yea yea! It feels good to know that your journey of studying comes to the end. eh ye ke? ye la kut kalau x sambung master. heh.
Teringat dulu kecik2, kena belajar ABC ngan 123. Dulu mak aku nak anak dia terer cina, so dia campak la aku (anak first) dalam kindergarden cina, Methodist Chinese Kindergarden belajar ee,er, san. Gila horror kindergarden tu, aku la orang yang asyik kena pukul ngan rotan. Sepanjang pengalaman kat kindergarden tu, rotan tu la yang aku ingat. Panjang, tebal plak tu, pastu leh plak lilit getah setiap satu jengkal. Meme best laa kalau kena.
Nak tau betapa horornya kindergarden tu, tanya laa nenek ak.(dulu kecik2, arwah tuk ngan nenek ak yang jaga ak). Ak lari kindergarden. Ak sembunyi dekat pak gad. Ak sembunyi dalam toilet. Tapi yang bestnya, bila part recess time, masa tu la yang ak muncul. Dpat makan roti ngan milo. Oh, kami x dibenarkan main kat luar.
Disebabkan ak baik sangat slalu sembunyi dalam toilet. Cikgu yang berotan besar tu slalu x bagi kalau aku nak g toilet. So akibatnya, ak slalu berak and kencing dalam seluar. Yes. Memalukan kan? Tapi, cikgu tu la punya salah, xnak bagi ak g toilet. Maka, nenek ak laa jadi mangsa basuhh segala.
Kindergarden dah grad. Masuk skolah plak. Masa primary school nie ak glemer gila. Sebab aku slalu lewat p skola. 7.45 loceng dah bunyi. Ak kul 8 baru sampai. Heh. Ak lewat slalu sebab suka duk termenung dalam toilet lama2. :). Denda kat skola ak, sape lewat datang skola, kena berdiri atas pentas masa perhimpunan. Tiap2 hari aku lewat, jadi tiap2 hari aku atas pentas. Mmg glemer.
Lepas tu buku aku rajen jugak kena campak ke luar kelas sebab x buat homework. Kena rotan tu biasa. Kena lari 2 round padang tu biasa. Kena peluk pokok tu biasa. Kena jumpa ketua besar biasa. Kena berdiri atas kerusi. Kena berdiri luar kelas. Semua tu biasa. Cikgu sampai penat nak panggil mak aku. :). Aku pon penat gak kena pukul ngan mak aku. Ohh ni belum cakap kenakalan aku after school. Kenakalan tu laa meyebabkan aku slalu gak kena pukul ngan bapak aku. Kena ngan tali pinggang okai!. Tapi aku malas nak crita apa aku buat lepas balik skolah.
Lepas tu, ak kena pindah skolah masa form 2. First day aku dah lewat. Pengawas tahan aku lepas tu kena kutip sampah. For the first time, baru aku reti nak malu. Sebab sebelum ni aku skolah semua perempuan. Skola baru ni, campur laki perempuan. Haish2, malu kut tgk jejaka2 hensem pandang ak kutip sampah. Mmg lepas tu, ak berazam takkan lewat. and yes! ak x pernah lewat. kalau mak ak antar skola campur2 camni dari kecik kan bagus.(nampak sgt jejaka2 ensem mampu tukar life aku)
Disebabkan dengan displin aku yang bagus selama 4 tahun di skola tu, ak dilantik jadi Penolong Ketua Pengawas. Hahaha. Budak lari skola, budak slalu lewat p skola dpt jawatan nie. Mmg silap la cikgu yang lantik tu. Masa ak jadi pen ketua pengawas ni lagi skali ak jadi glemer. Sebab tiap2 hari ak kena naik pentas, tapi bukan kena denda, kena jadi MC. ketar2 cakap depan member2, cikgu2 yang buat muka nak makan aku kalau aku silap cakap. Tambah2 depan jejaka ensem tu, lagiii laa malu. Pelik sungguh dulu nape aku x pernah nak malu naik atas pentas.
Tapi masa ak form 5, ak suka gila ponteng skolah, ponteng kelas. Tapi cikgu semua macam x kisah aku ponteng skola ngan kelas. Ak pon x paham kenapa diorang syg sgt kat aku. Aku ponteng 2 bulan kut. Cikgu kelas ak siap cakap, kalau nak ikutkan awak kena buang skola, tapi x pela, cikgu pejam mata je. Tgk!! betapa sayangnya beliau kat aku. Cuba kalau student lain, mampus budak tu kena buang.
Masuk matrik johor pulak, rajin jugak ponteng tapi mak aku turut terlibat. Dia laa suruh aku ponteng kelas. Siap call lagi cikgu displin cakap anak dia kena balik sebab dia duk saket. Padahal sihatt je. Biasalaa, rindu kat anak.
Dapat masuk universiti, kat sini aku malas nak crita.
16 tahun menghabiskan masa dengan belajar. Dan sekarang aku jobless. Kan bagus kalau dari dulu aku bukak restoran, mesti dah success.
huhuhuhu.
Moral of the story :
1. Berkawan dengan jejaka ensem
2. Jangan belajar. Eh?
No comments:
Post a Comment